Dalam mengisi masa lapang yang singkat, banyak perkara boleh dibuat sebagai riadah diwaktu petang dan hari minggu antaranya dengan berkebun. Berkebun pada skala yang kecil sebagai menampung keperluan dapur dan menjimatkan wang serta menjamin kesihatan sekeluarga. Sebagai contoh kita memerlukan sekitar 1~2 biji cili untuk digunakan, jika ke pasar kita tidak boleh membeli dalam kuantiti yang kecil. Tanaman di rumah adalah alternatif dan penyelesaian. Seruan kerajaan negeri Kelantan dengan moto Bertani adalah Ibadat seharusnya disokong oleh semua pihak. Namun terdapat juga masalah yang timbul dari segi kekangan masa sebagai 'orang makan gaji' terutamanya untuk mengurus jadual seperti penyiraman dan sebagainya berkaitan tanaman. Oleh itu, kaedah fertigasi difikirkan sesuai seiring teknologi pertanian masa kini. Selain menjimatkan masa dan tenaga kaedah ini memberikan hasil yang memberangsangkan.
Selamat Datang ke Laman Rumah Tamu AZ-ANEKA. Penginapan Selesa di Machang, Kelantan.
Wednesday, 9 October 2013
Thursday, 22 August 2013
Menara Masjid Tok Pulai Chondong
Oleh Paya Linda Yahya
Masjid Tok Pulai Chondong
‘BULAT air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.’ Itulah yang dapat digambarkan penduduk Kampung Pulai Chondong, Machang 154 tahun lalu ketika mendirikan menara masjid berkenaan yang mempunyaiketinggian 17.3 meter.
Tanpa menggunakan teknologi canggih, menara setinggi 17.3 meter itu dibina daripada sebatang kayu pokok cengal hanya menggunakan tenaga manusia.
Menara Masjid Pulai Chondong itu dibina Abdus Samad Faqeh Abdullah yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Pulai Chondong’ yang terkenal pada abad ke-19.
Menyingkap kisah Tok Pulai Condong, beliau adalah se orang ulama Melayu terkemuka di nusantara yang bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam.
Beliau adalah antara ulama terawal di Kelantan yang dilahirkan ketika zaman pemerintahan Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1792.
Berdasarkan catatan yang terdapat pada masjid itu, ia dibina pada tahun 1857 iaitu 100 tahun sebelum merdeka. Menara berkenaan dibina dengan bentuk segi lapan dan terdiri daripada 25 anak tangga.
Menara itu dahulunya digunakan penduduk kampung untuk melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Keunikan menara berkenaan adalah ia lebih condong ke arah utara walaupun penduduk kampung pernah cuba menegakkannya.
Cicit Tok Pulai Chondong, Mohd Nor Mohamed, 74, berkata kayu cengal menara itu diambil daripada Kampung Cina, Kok Lanas yang terletak kira-kira 15 kilometer daripada Pulai Chondong.
“Menurut cerita yang disampaikan turun temurun, orang ramai bergotong-royong membawa pulang pokok kayu cengal ini yang panjangnya 25.6 meter dari Kampung Cina, namun bagaimana caranya tidak diketahui.
“Menara terbabit ditanam sedalam 8.3 meter. Sewaktu mendirikan menara ini beduk dibunyikan untuk memanggil penduduk kampung turut sama membantu,” katanya.
Beliau berkata, sebelum membina surau itu, Tok Pulai Chondong membina sebuah surau lain di Kampung Bilal Talib dan diberikan nama surau Pulai Chondong sempena nama pokok Pulai yang tumbuh condong di tapak surau itu.
“Namun, surau itu terbakar pada tahun 1820. Menara ini pada awal pembinaannya dijadikan tempat melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat,” katanya.
Mohd Nor berkata menara berkenaan masih utuh sehingga sekarang walaupun Kelantan pernah dilanda ribut besar suatu ketika dulu.
“Pada 1880, Kelantan dilanda ribut besar sehingga pokok di sekitar menara ini tumbang.
“Sehingga kini, ramai datang bertemu saya untuk bertanyakan sejarah menara termasuk pensyarah dan pelajar universiti,” katanya.
Menyingkap sejarah hidup Tok Pulai Chondong, Mohd Nor berkata, ulama itu bertanggungjawab memulakan sistem pengajian pondok di Kelantan.
“Pelajar beliau pada masa itu datang dari seluruh pelosok negeri antaranya Kampar, Sumatera, Kemboja, Pattani, Terengganu dan negeri lain.
“Tok Pulai Chondong adalah ulama tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Mahammad II pada tahun 1838 hingga 1886,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini masjid terbabit masih diguna kan penduduk kampung dengan beberapa pengubah suaian.
“Hanya menara, beduk dan mimbar sahaja yang asal, berusia lebih 100 tahun. Pelbagai program keagamaan dihidup kan di masjid ini seperti kelas mengaji al-Quran, kem solat serta kuliah sebelum Maghrib.
“Malah pada zaman pemerintahan Jepun dua orang tentera Jepun pernah memanjat menara bagi melihat sendiri keunikannya,” katanya.
Rumah Tamu Az Aneka menyediakan penginapan yang selesa dan memuaskan untuk sesiapa yang berkunjung ke Kelantan. Rumah Tamu Az Aneka amat sesuai untuk majlis rombongan pertunangan, perkahwinan yang memrlukan penginapan yang luas dan selesa untuk memuatkan ahli rombongan yang ramai.
Rumah Tamu Az Aneka merupakan sebuah banglo setingkat terletak di Kg Tok Bok, Machang, Kelantan. Rumah Tamu Az Aneka terletak di sebelah kiri jalan utama menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
https://plus.google.com/116665016518928817275/about
Rumah Tamu Az Aneka merupakan sebuah banglo setingkat terletak di Kg Tok Bok, Machang, Kelantan. Rumah Tamu Az Aneka terletak di sebelah kiri jalan utama menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
https://plus.google.com/116665016518928817275/about
Saturday, 17 August 2013
Selamat Datang ke Rumah Tamu AZ-Aneka, Machang, Kelantan.
Rumah Tamu Az Aneka menyediakan penginapan yang selesa dan memuaskan untuk sesiapa yang berkunjung ke Kelantan. Rumah Tamu Az Aneka amat sesuai untuk majlis rombongan pertunangan, perkahwinan yang memrlukan penginapan yang luas dan selesa untuk memuatkan ahli rombongan yang ramai.
Rumah Tamu Az Aneka merupakan sebuah banglo setingkat terletak di Kg Tok Bok, Machang, Kelantan. Rumah Tamu Az Aneka terletak di sebelah kiri jalan utama menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.
* 1 km dari Sekolah Menengah Sains Machang (SMACH)
* 2 km dari Pusat Reakreasi Kolam Air Panas Tok Bok
* 2 km dari Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) Pulai Chondong
* 3 km dari Menara Masjid Tertua Negeri Kelantan, Pulai Chondong
* 5 km dari bandar Machang,
* 6 km dari Hospital Machang
* 7 km dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) wataniah, Machang
* 15 km dari UiTM Machang
* 8 km dari Politeknik Kota Bharu
*10 km dari Kem Desa Pahlawan
* 10 km dari Kolej Matrikulasi Kota Bharu dan satdium Red Warrior
* 10 km dari Tanah Merah
* 32 km dari Bandaraya Islam Kota Bharu
* 30 km dari Pasar Wakaf Che Yeh
* 2 km dari Pusat Reakreasi Kolam Air Panas Tok Bok
* 2 km dari Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) Pulai Chondong
* 3 km dari Menara Masjid Tertua Negeri Kelantan, Pulai Chondong
* 5 km dari bandar Machang,
* 6 km dari Hospital Machang
* 7 km dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) wataniah, Machang
* 15 km dari UiTM Machang
* 8 km dari Politeknik Kota Bharu
*10 km dari Kem Desa Pahlawan
* 10 km dari Kolej Matrikulasi Kota Bharu dan satdium Red Warrior
* 10 km dari Tanah Merah
* 32 km dari Bandaraya Islam Kota Bharu
* 30 km dari Pasar Wakaf Che Yeh
*
Rumah Tamu AZ-ANEKA juga menyediakan kemudahan penginapan sewa harian kepada anda dan keluarga yang berkunjung ke Kelantan. Perkhidmatan sewaan rumah tamu yang serba lengkap dan menjanjikan keselesaan kepada pelanggan kami. Disamping itu, sewaan bilik juga disediakan mengikut citarasa pelangaan. Dengan kemudahan yang lengkap seperti ruang berhawa dingin, tempat letak kenderaan yang luas serta terletak dipinggir jalan utama Kota Bharu- Kuala Krai pasti akan memenuhi kehendak pelanggan. selain itu, makanan juga senang didapati kerana hanya berada disebelah rumah dan untuk sarapan pagi terdapat gerai menjual nasi kerabu berdekatan dengan penginapan ini selain berhampiran dengan pekan kecil seperti Pualai Chondong dan Labok .Rumah Tamu AZ ANEKA yang berada berhampiran dengan dengan kemudahan kerajaan, peranginan serta institusi Pengajian dan tempat bersejarah yang ingin dilawati /hadiri. semua bilik dan ruang adalah berhawa dingin...
untuk tempahan dan keterangan lanjut sila hubungi :
Aisyah 011-32496639 @ 09-7879633
Friday, 16 August 2013
Kolam Air Panas Tok Bok , Machang, Kelantan.
Sejak diberi wajah dan nafas baru lebih kurang setahun yang lalu, Kolam Air Panas Tok Bok yang terletak di Machang mendapat kunjungan orang ramai. Perubahan tersebut memberikan kepuasan kepada setiap pengunjung. Pemulihan kolam air panas amatlah dinantikan oleh pengunjung sebelum ini . Tidak dinafikan terdapat usaha murni dalam menjaga keindahan dan kelestarian tempat rekreasi tersebut dari pengunjung dan penduduk setempat namun usaha tersebut tidak berjaya disebabkan tiada petugas yang mengawal selia kawasan tersebut. Walaubagaimanapun setelah pelbagai pihak seperti pengunjung, penduduk serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang mengembeling tenaga dalam mewujudkan suasana semakin indah dapat menarik lebih ramai pengunjung. Masih teringat difikiran penulis semasa mula pada 2009 menjejakkan kaki kesini. Keadaan kolam yang terbiar serta kawasan sekitar yang tidak dijaga dengan sisa buangan haiwan serta kemudahan seperti tandas yang rosak. Kini Kolam Panas Tok Bok semakin indah dan diharapkan usaha berterusan dalam memastikan penjagaan keindahannya. Semoga Allah menetapkan kita dalam keimanan, sesungguhnya Allah mencintai kebersihan.
Thursday, 15 August 2013
Masjid Mukim Pulai Chondong @ MAsjid Tok Pulai Chondong
Latar Belakang
Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hashim dilahirkan pada tahun 1207 Hijri bersamaan 1792 Masihi, yang dikenali dengan panggilan Tok Pulai Chondong ialah orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Bilal Talib dan membina Masjid Pulai Chondong. Menurut sejarahnya, ketika membuka kampung tersebut terdapat sebuah pokok pulai yang besar dan condong di pinggir kampung itu. Dari situ, perkampungan, masjid dan Haji Abdul Samad diberi gelaran Tok Pulai Chondong sempena dengan pokok ini.
Masjid tersebut dikatakan pernah terbakar dua kali pada 1820 dan 1856 sebelum Tok Pulai Chondong mengambil keputusan berpindah ke Kampung Surau tidak jauh dari penempatan awalnya itu. Pada tahun 1856 Masihi pula, dengan kerjasama penduduk beliau telah berusaha mendirikan sebuah masjid baru yang terletak di tepi Sungai Pulai Chondong dan kekal hingga kini,
yang juga dikenali sebagai Masjid Tok Pulai Chondong yang kemudiannya dilengkapi dengan mimbar, geduk dan menara kayu.
Menara kayu yang masih kukuh dan kini menjadi tempat letak pembesar suara. Binaan masjid yang ada bukanlah binaan asal kerana ia sudah dirombak dan pengubahsuaian telah dilakukan beberapa kali. Para pengunjung dan peminat sejarah masih boleh melihat geduk dan mimbar lama yang masih disimpan di dalam masjid.
Menurut sejarahnya, Tuan Guru Abdul Samad dikatakan mencari dan memilih sendiri kayu balak dari kawasan hutan Bukit Cina kira-kira 10 kilometer dari lokasi masjid untuk membina menara kayu dan kayu itu ditarik menggunakan tali dari hutan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung.
Menara itu dibina menggunakan sebatang tiang tanpa sebarang sambungan daripada umbi yang ditanam 8.3 meter dalam tanah hinggalah ke puncak menara. Menurut perkiraan masyarakat tempatan, panjang tiang kayu cengal batu yang digunakan untuk pembinaan menara ini adalah 25.6 meter dan ia diangkat secara bergotong-royong oleh penduduk kampung sewaktu membina dan menegakkan menara masjid berkenaan pada masa itu
Binaan
Masjid ini dilengkapi dengan mimbar, gendang dan sebuah menara. Menaranya dianggap istimewa dan menjadi mercu tanda di kawasan sekitarnya. Reka bentuk menara ini adalah daripada ilham Tok Pulai Chondong sendiri.
Menara masjid ini berketinggian kira-kira 57 kaki. Ia diperbuat daripada kayu cengal batu berbentuk lapan segi sekata dan ukur lilitnya berukuran kira-kira 12 kaki 6 inci. Di tengah-tengah menara ini didirikan sebatang tiang layang tidak bersambung yang menjadi paksi. Paksi ini berbentuk lapan segi sekata dan ditanam di dalam tanah sedalam 28 kaki.
Oleh kerana pada ketika itu tidak ada jentera pembinaan, ia didirikan secara bergotong-royong dengan menggunakan tenaga beratus-ratus orang lelaki. Peralatan seperti beliong, kapak dan pahat digunakan kerana menara ini diperbuat daripada kayu cengal. Sehingga kini, kesan-kesan takikan beliong dan kapak masih jelas kelihatan. Kayu untuk paksi dan dindingnya diambil di Bukit China, iaitu suatu tempat lebih kurang tiga batu dari Pulai Chondong.
Kekukuhan menara ini telah teruji ketika Kelantan dilanda ribut besar pada tahun 1880 Masihi. Walaupun kebanyakan pokok tumbang dan rumah musnah dan rosak kerana bahana ribut namun dengan kuasa Allah menara ini tegak terpelihara. Sehingga kini ia masih teguh dan digunakan lagi sebagai menara azan bagi Masjid Pulai Chondong.
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa
Keistimewaan
Keistimewaan masjid ini ianya merupakan salah satu masjid yang tertua di Kelantan yang berusia lebih daripada 154 tahun. Menara masjid ini juga dibuat daripada kayu cengal yang diambil daripada hutan yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-03-MCG-00172
Nama Masjid: MASJID MUKIM PULAI CHONDONG
Alamat: DAERAH PULAI CONDONG, 16600 MACHANG, KELANTAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)